Tugas TNI Tentera Nasional Indonesia

Menurut Undang-undang TNI Artikel 7 (1), tugas TNI adalah untuk:

  • mendukung kedaulatan negara Indonesia;
  • mempertahankan keutuhan wilayah Republik Indonesia yang berdasarkan Garuda Pancasila dan UUD 45; serta
  • melindungi semua bangsa, agama dan seluruh tanah air Indonesia dari ancaman dan gangguan terhadap kepaduan bangsa dan negara.

TNI Artikel 7 (2) menyatakan tugas yang ditentukan oleh Artikel 7 (1) dilakukan dengan:

  • operasi tentera untuk perang
  • operasi tentera selain daripada perang, iaitu untuk:
  1. menentangi gerakan pemisah bersenjata
  2. menentangi pemberontakan bersenjata
  3. menentangi kegiatan-kegiatan terorisme
  4. melindungi sempadan wilayah
  5. melindungi infrastruktur negara yang strategik
  6. melaksanakan tugas keamanan dunia sejajar dengan dasar luar negeri
  7. melindungi Presiden dan Naib Presiden serta keluarganya
  8. memperkukuh wilayah pertahanan dan kekuatan negara persahabatan secara awal sejajar dengan sistem pertahanan bersepadu
  9. membantu tugas pemerintahan di daerah
  10. membantu Kepolisian Negara Republik Indonesia dalam rangka tugas keamanan dan ketertiban masyarakat
  11. membantu melindungi tetamu negara yang bertaraf ketua negara dan perwakilan kerajaan asing yang melawati Indonesia
  12. membantu mengendalikan akibat bencana alam, pemindahan, dan pemberian bantuan kemanusian
  13. membantu dalam operasi cari dan selamatkan
  14. membantu kerajaan dalam keselamatan pelayaran dan penerbangan terhadap perampasan, pelanunan, dan penyeludupan.